Thursday 1 November 2012

Tips Penjagaan Pakaian Alpaka!


Salam Sejahtera! 

Tahniah jika anda sudah memiliki barangan Alpaka!

Pakaian yang berasaskan Alpaka adalah sangat halus (fine) buatannya, berkualiti tinggi (excellent quality) & sangat sukar diperolehi (rare). Penjagaan yang rapi bukan sahaja akan memelihara keadaannya malah boleh dijadikan pusaka bertahun-tahun jika kena dengan caranya.

Di sini saya kongsikan beberapa tips penjagaan pakaian yang diperbuat dari gentian Alpaka:

1. Pakaian Alpaka sesuai untuk cucian kering (dry-cleaned) dan cucian tangan sahaja.

2. Kami tidak menggalakkan untuk mencuci pakaian bergentian Alpaka menggunakan mesin basuh biasa. Ini kerana cucian yang kuat boleh menyebabkannya mengecil atau menguncup serta merosakkan stukturnya.

3. Cucian tangan hendaklah dibuat dengan air suam-tidak terlalu panas & terlalu sejuk serta menggunakan sabun yang lembut seperti sabun bayi ( mild baby shampoo/baby liquid).

4. Cuci dengan lembut untuk dua hingga tiga minit dan bilas dengan lembut menggunakan air suam.

5. Biarkan lebihan air terbilas dengan sendiri di sinki, baldi atau apa sahaja bekas. Sidai pada suhu bilik sehingga kering.

6. Apa sahaja pakaian yang bergentian lembut seperti Alpaka adalah digalakkan dihantar untuk cucian kering (Dry-Cleaned) supaya material & strukturnya tahan lama dan kekal lembut.

~Alpaca is the true standard of clothing luxury. Enjoy your Alpaca garment!~



4 comments:

Pen Biru said...

salam..wah .congrat dah jd bisneswomen dh ..tp mana tap nak follow ni..

Unknown said...

Wsalam wbt.

Thank you PB, just share mana yang boleh... Tab follow ada kat bawah :) hehehe

.:fyzz:. said...

Salam marya..congrats..fyzz bangga dgn marya..tgk dk view blig biz marya ni

mummyrinazone beauty said...

kak mar mmg banner akk kuar sekerat jerker?nnt wan promot bussness akk..wat dlm entri..nnt wat aii kasitau u kay laling??hehe..