Thursday 1 November 2012

Tips Penjagaan Permaidani Alpaka!


Salam Sejahtera!

Tahniah jika anda sudah memiliki barangan Alpaka!


Tips Penjagaan Permaidani Alpaka

Permaidani Alpaka ini dikategorikan sebagai barangan mewah bermotifkan dekorasi, seperti kereta mewah anda perlu sentiasa memastikan keadaannya terpelihara dan dijaga rapi.

Oleh kerana kami juga adalah pengguna Permaidani Alpaka, di sini saya kongsikan tips serta cara penjagaannya:

1. Gunakan pet's brush/wire brush (sikat haiwan/manusia) untuk mengemas serta merapikan bulunya. Proses ini akan mengembalikan kegebuan permaidani itu nanti (get back to its fluffy state).

2. Simpan di tempat yang mempunyai ruang udara, sejuk & elakkan dari terkena sinaran atau pancaran cahaya matahari yang keterlaluan. 

3. Cuba elak dari meletakkannya di tempat yang 'high traffic' contohnya; di kawasan dapur & bilik air, tempat anak-anak bermain dan sebagainya.

4. Untuk cucian secara menyeluruh, permaidani ini perlu dihantar ke pencuci bulu profesional (professional fur cleaner) untuk cucian kering. Jangan sekali-kali menggunakan mesin basuh biasa untuk mencuci.

5. Namun begitu, anda tidak perlu tergesa-gesa menghantar untuk cucian sekiranya terdapat sedikit kotoran seperti tumpahan air atau noda (spill or stain). Sebaliknya, gunakan span lembut yang dicelup ke dalam air yang dicampur dengan sabun yang lembut seperti sabun bayi atau 'baby shampoo' yang 'mild'. Perahkan lebihan air kemudian lap secara lembut & perlahan-lahan. Biarkan ia kering sepenuhnya. 

7. Pastikan permaidani dalam keadaan kering sentiasa. Peringatan: Elakkan permaidani Alpaka dari basah sehingga ke bahagian bawah kulit. Ini akan merosakkan kulit & menyebabkannya retak.

8. Taburkan bedak bayi ( Baby talcum powder) atau baking soda untuk bau yang segar (fresh).

~ Penjagaan yang rapi bukan sahaja memelihara kualiti & kegebuannya malah akan tahan lebih lama dan kemungkinan juga boleh diwarisi ke anak cucu. Insya'ALLAH :) ~


1 comment:

Unknown said...

gud luck kak marya!
hope page ni akan jd top!